Wednesday, 13 March 2019

Peristiwa penting 2018


     Okay, utk 2018, I’ll just tell the story that I think important and it really affects my life. Tanggal 26 Mac 2018, atuk aku bernama Asmawi Bin Dahlan telah dijemput ilahi kerana sakit tua nya. Arwah meninggal umur 80. Seingat aku, dia mula sakit lepas jatuh terduduk dkt rumah Mak Ngah dkt Tmn Bukit Panchor. Rumah tu tinggi sbb 3 tingkat. Rasanya lepas dia saja nak naik ke bilik kosong atas tu lah. Lepas pd tu dia terus jadi tak lalu makan. Seingat aku seminggu jgk lah. Sblm dia meninggal dunia. Alfatihah Yan (panggilan arwah). Aku mmg rindu masa kecik2 dulu.. time kami blk kampung selalunya mlm lah sampai. Dia mesti bukak pintu sambil tersenyum cakap “haa sila2 sampaidah Cucu2 Yan ni” :’( sampailah sblm dia jadi nyanyuk pd 2014. Kdg2 ingat kdg2 lupa sapa aku. Tapi dia suka bersembang pasal sejarah dia bawak bas dkt Parit Buntar ni. Tapi org nyanyuk ni ingatan dia waktu zaman muda mmg kuat. Cuma benda2 baru ja mcm ingat2 lupa. Haaa lagi satu, aku mmg takkan lupa Baju Batik Biru arwah tu, sebab time kecik2 sblm balik aku suka ckp “Yan nak duit raya” hahaha even bukannya raya waktu tu. But dia still bg. Rasanya cukup sikit aku cerita bab Arwah Yan.

                                                  Gambar waktu Pengebumian arwah Yan

        Okay Next, tanggal 16 November 2018 iaitu pada hari Jumaat tepat 6:20 a.m.. Selepas lebih kurang 8 bulan  arwah Yan meninggal dunia, tidak ku sangka lagi seorang insan yang rapat dgn aku meninggal dunia. Iaitu arwah maktok aku, Salasiah Binti Taib. Waktu ni mmg aku ingat sungguh dalam kepala. Sbb waktu ni kami satu family baru sampai kg dkt Batu Pahat, Johor. Kg belah abah laa. Waktu tu kami sampai pukul 4:15 pagi sbb betolak dari Kulim pukul 10:30 mlm mcmtu lah. Abah drive laju skit lah mcm 150+ km/h mcmtu. Lps sampai aku salam2 dgn Nenek and PakChe then trus tido. Bangun2 subuh dpt tau “MakTok” meninggal. Terkejut jgk lah waktu tu. Pukul 7:30 pg patah blk Nibong Tebal sbb nak kebumi lps Solat Jumaat. Kami sampai pkul 1 lbh kurang. Waktu blk ni aku mmg risau sbb abah mmg speed 180+ km/h dgn tak tido nya. Sampai2 tu aku sempat la kucup dahi MakTok buat kali terakhir :’(. Aku sedih gila waktu tu, sebab kami mmg sgt beharap dia sembuh drpd Jangkitan kuman tu. Seingat aku dia sakit dan masuk Hospital sebulan lebih dlm 46 Hari mcmtu. Dia mula2 sakit lepas tersilap makan ubat. Ubat yang arwah makan tu overdose and tak sesuai sgt dgn badan dia. Then, dia mula cakap merapu sbb tahap kesedaran dia mmg rendah. Unconscious lah sng ckp. Hantar masuk Lam Wah Ee dkt P. Pinang dkt seminggu jgk lah. Then dia sedar kejap and waras lah utk becakap apa semua. Then, dia nak balik rumah kami dkt Kulim (waktu ni Last).. Mama bawaklah MakTok utk cuci kaki bengkak dia tu dkt Klinik Bukit Mertajam waktu tu. Lupa bgtau, arwah MakTok aku ni ada kencing manis. Then lps cuci kaki bengkak tu, dia mula demam pulak. Demam 5 hari, lpstu mama telefon PakTam dgn PakSu utk tlg bawak MakTok ni masuk general hospital Pulau Pinang. Time tu mlm and abah blm blk lg sbb busy. Dekat Hospital ni mmg lama.. sebulan lebih duduk dkt ICU. Waktu awal Sem3 mmg sebulan lbh aku berulang hujung minggu pegi Hospital tu.  Ada sekali tu, my cousin Shukur, student mbbs, dia baca laa report patient yg Dr. tulis, rupanya makTok demam sbb ada tertinggal kapas dlm kaki tu. Mmg cuai hbs lah Dr. dkt klinik BM tu. Then sbbkan lama sgt dkt ICU dgn leher kena tebuk sbb tkleh lama sgt pakai tube masuk ikut esophagus, last sekali makTok kena Lung Infection. Mmg I swear Tebuk leher ni MMG bnda plg USELESS dlm Medical field. Serupa buat experiment dkt patient ja (ada sbb aku ckp mcmni). And last sekali nurse just letakkan makTok dkt tepi tingkap ward biasa lps Dr. kata tkda harapan dah dgn panas teriknya waktu sehari sblm makTok meninggal, dgn nak minum air tak boleh sbb leher berlubang. Waktu2 nazak mcmtu sampai nak bg minum pon tak boleh. Mmg UNFORGIVEN!!! Tapi kenangan dgn arwah makTok dgn Yan mmg byk lah.

 


    Tapi apa2 pun, terima kasih kpd Allah S.W.T sbb pinjamkan aku 2 insan ni utk memberi pengajaran dlm hidup selama 20 tahun. Sekarang, kalau kami berkumpul ramai2 dkt kg.. Alhamdulillah rasa sedih tu makin kurang lah dan rasa boleh terima dgn redha pemergian mereka. Dan sbbtulah aku setiap minggu kalau ada masa free aku mmg akan drive blk Rumah. Sbb masa makin lama makin suntuk. So kena lah hargai peluang ni selagi ada InshaaAllah. Semoga mama & abah dipanjangkan umur dan sihat selalu.

No comments:

Post a Comment