Saturday, 16 March 2019

Taman Pekaka


   Taman Pekaka, who expect I’ll live here? Hahahaha.Taman ni betul2 depan USM Eng. campus. Sepanjang sem1 & 2 punya lah pulun kumpul point untuk Desa (uni lain mostly call it Kolej). Seingat aku 90+ jgk la point myCSD tu. Tapi when the result utk rayuan desa keluar, nama aku takdak dgn kawan aku Faiz. Sapa tak panas wei kumpul punya kumpul tgk2 tak dapat. Campus Engineering senior bgtau 70++ pon dah cukup actually. At least dapat Desasiswa Utama (DU). Then kami buat rayuan, Faiz dpt aku still tak dapat. Mmg rage lah hahaha.. bila call kerani Bhepa, guess what? Dia cakap “kenapa tak join activity time duduk dlm dulu?” I be like “apa benda hg ni? Aku tnya kenapa point tinggi still tkdapat desa” . Then, aku bgtau pasal kawan aku Abu ngn Adam (roomates lah 2 ni waktu duduk desa Jaya). Depa 2 ni point myCSD tu tk lepas 40 if not mistaken. Buat rayuan & depa dapat duduk DU. Then, kerani bhepa tu ckp “ni saya tak tau, kena tanya org atas”. Pabenda laa depa ni. Kata nk dpt desa kena kumpul point dah kumpul byk tk dapat jgk. Then time Sem 3 Akram, kwn aku wakil Majlis Perwakilan Desa (MPD) bgtau, kalau nak duduk dlm kena join activity yg contribute utk desa and myCSD mesti program desa pnya. Wadehek? Bhepa tk pernah mention pon babtu. Sbb point CSD aku mostly school activity. Then lps aku duduk Tmn Pekaka, aku pon malas amik tau dah program desa, meluat dgn  management mcm t**k tu.

   Okay now, aku sewa dkt Tmn Pekaka dgn 7 org lg CourseMate. So kami total 8 orang lah share utk sewa rm700 sebulan. Rumah tu teres 2 tingkat which is just nice laa utk 8 org. Taman ni srs strategic gila utk student USM sini. Depan campus, nak beli makanan semua sng sbb dlm taman tub oleh katakan lengkap lah. Ada 7e, Nasi kandaq (Riyaz, halim, ngn Naseer). Ada kedai runcit, pharmacy, dobi and ada surau betul2 dpn Rumah kami. Setiap mlm aku pegi la isi botol air 1.5L tu dkt surau sbb ada Coway XD. Free and tak payah berebut mcm dkt dalam Desa dulu. Lambat skit je dah habis air tapis. Yg best every Khamis mlm Jumaat, akn ada bacaan Yassin and makan free dkt Surau tu. Sapa je kan tak suka makan free? hahahaha students plk kan. Then dkt taman ni ada byk Kucingsss yg nak kata liar tk lah sgt, sbb mcm jinak and senang approach. Ada sekor kucing tua ni, warna oren putih. Kerap datang Rumah nak makan, so aku pon beli la makanan kucing ni every week. Kuat makan bhaii dia ni. Dia jantan and Kawasan situ boleh katakan dia pnya territory lah hahaha.. pantang Nampak kucig lain dia dah baran nak marah.

   Aku asalnya duduk bilik atas, but aku rasa mcm tak selesa sbb kecik skit blik tu. And rasa mcm panas la jgk time malam. Aku tk suka rasa beruap2 tu rasa rimas and kulit rasa bepeluh. Aku pantang skit klau kulit muka bepeluh jenis beruap-beruap tu. Rasa uncomfortable and gatal kulit muka. So aku pindah duduk bawah tangga dkt ruang tamu. Situ srs selesa rasa sejuk sbb ada 3 kipas. 1 table fan and 2 ceiling fan. Selesa jaa rasa. Lgpun housemates semua suka lepak ruang tamu tu so tak sunyi lah. Bising2 dgr depa sembang2. Every night ada la topic hahahhaah. Kdg2 kacau member OTP tp sorang ja yg OTP. Kami lain single lg hahahaha. Haziq, Yassin, dgn adli suka la sakat aku hahahaha. Pantang Nampak aku whatsapp senyum2 dah syak aku ws perempuan LoL. Aku byk baca ws group family besaq tu ja lah sbnya. Pak n Mak sedara post benda2 lawak kdg2 XD. Aku nak sembang dgn pompuan saja2 pon taktau nak cakap apa LoL, aku jenis friendly n masuk air bila dgn geng lelaki ja hahahaha.

   Okay back to topic, dr Rumah kami nak ke class pon tak la jauh mana. Jalan kaki dlm 8 min camtu je dah sampai haritu aku try timing. Tapi selalunya aku drive lah sbb mls peluh2 bila sampai class. Lg satu dkt dgn Rumah kami ada Org jual2 kuih time petang. Srs nice utk lepak petang dkt situ, ada cendol n ais kepal.. pisang goreng etc.

   Rsnya sampai sini ja kot bab Taman Pekaka ni. Haaa nanti nak tulis laa satu entry psal org yg aku Admire In Silence hehe hahahaha. Alang2 dah cakap skit babtu dkt atas.

No comments:

Post a Comment